Minat? Itu terlalu subjektif. Susah nak teka hati seseorang. Minat yang
biasa kita tahu ialah menyukai atau mengkagumi seseorang. Tetapi, tidak
semua orang akan tunjukkan minat mereka. Tanda-tanda kami diminati
seseorang ialah:
1. Cara Dia Memandang
Orang yang minat kita biasanya suka melihat kita terutama pada sekitar
wajah kita. Mereka akan mengamati wajah kamu dalam-dalam kerana ada
unsur tertarik. Untuk pengetahuan kamu, jika renungan dan cara dia
memandang kamu membuatkan kamu rasa segan atau berdebar, itu merupakn
petanda bahawa dia memang minat dengan kamu kerana bak kata orang dari
mana datangnya sayang kalau bukan dari mata jatuh ke hati.
2. Bahasa Tubuh
Apa perasaan kamu apabila berdepan dengan orang yang kamu minat?
Gemuruh, blur dan gementar. Segalanya boleh dlihat dari bahasa tubuh
seperti menelan air liur dalam-dalam. Mata lari sana lari sini. Kerap
menjilat bibir bila berbicara juga menunjukkan seseorang itu resah. Rasa
nak senyum tapi cepat-cepat tarik balik senyum itu seolah-olah tak nak
kamu perasan yang dia minat kamu. Dia juga lebih berhati-hati dalam
bercakap dengan kami.
3. Mahu Berlama-lama Dengan Kamu
Adakala orang yang minat kamu jenis yang slow and steady. Dia mungkin
bukan jenis yang gopoh dalam urusan meluahkan perasaan. Meskipun dia
minat kamu, tetapi dia tidak mahu kehilangan kamu, oleh itu, dia
pendamkan saja perasaan itu sebab takut kamu akan larikan diri. Tetapi,
bagi mereka yang bijak, dia akan gunakan segala peluang yang ada untuk
mendekati kamu. Jika harus berbincang, dia akan sengaja buat-buat
sesuatu untuk berlama-lama berbincang dengan kamu.
4. Soalan Yang Sepatutnya Ditanya Pada Awal Perkenalan tetapi Ditanya Sekarang.
Jika seseorang itu menganggap kamu ini hanyalah teman biasa atau dengan
erti kata lain, kawan-kawan sahaja, dia akan lebih terbuka pada awal
perkenalan. Pada awal perkenalan, sekiranya seseorang itu menganggap
kamu kawan biasa, dia tidak akan cover dirinya. Dia menjadi dirinya
sendiri dan tidak segan dengan kamu. Maknanya, pada awal perkenalan, dia
sudah berbual panjang dengan kamu. Tetapi, sebaliknya orang minat kamu
akan lebih banyak memerhati gerak gaya kamu. Kalau bercakap pun
sikit-sikit saja ataupun tanya benda simple seperti " dah makan?"
Maknanya perbualan itu sedikit-sedikit sebab dia tidak mahu kamu tahu
kelemahannya. Tetapi, apabila sudah lama mengenalinya, barulah dia mula
bertanya soalan peribadi pada kamu contohnya, awak ini orang mana ya?
Pastinya kamu terkejut kerana soalan itu tiba-tiba ditanya kerana
selama ini dia tidak banyak cakap dengan kamu. Apabila kamu bertanya
kenapa, dia akan menjawab dengan memberikan pelbagai alasan seperti
wajah kamu serupa dengan rakan sekolahnya atau pernah ternampak kamu di
mana-mana suatu ketika dulu. Jika betul wajah kamu serupa rakan
sekolahnya, sepatutnya dia akan mula teruja pada hari pertama berjumpa
kamu. Pastinya dia akan terus bertanya pada saat itu. Tetapi, nampaknya
dia ambil masa untuk bertanya hal peribadi kamu. Kamu harus tahu, orang
yang minat kita banyak berfikir kerana mahu mencari topik bercakap
dengan kamu. Dia mahukan topik itu kelihatan bersahaja tetapi ada masa2
kantoi juga...hehehe....
5.Segan Nak Minta Nombor Telefon Kamu Secara Terus Dari Kamu
Orang yang minat kamu, sukar mahu bersahaja. Ada yang menganggu
fikirannya kerana dia terlalu memikirkan apa yang kamu fikir tentang
dia. Ada sesetengah dari mereka susah nak mengaku minat akan kamu tetapi
apabila mereka dilayan baik oleh kamu, perasaan teruja itu kelihatan.
Dia suka merasakan dirinya diperlukan oleh kamu. Tetapi, hakikat
sebenarnya, dialah paling memerlukan kamu. Dia mahu nombor telefon kamu,
tetapi segan mahu memintanya. Ada sesetengah itu, akan cuba meminta
dengan cara indirect. Sebagai contoh, apabila kamu ada urusan dengannya
dan urusan itu memerlukan update dan dia akan bertanya begini, "
macamana nak hubungi awak ya". Apabila kamu kata kamu yang akan
menghubunginya, dia tunjukkan wajah kurang selesa kerana dia mahukan
nombor telefon bimbit kamu dan apabila kamu mengatakan begitu, nampak
sangat kamu tidak mahu berurusan dengannya secara peribadi. Kamu jangan
terkejut kalau tiba-tiba sahaja dapat mesej atau panggilan daripadanya.
Pasti kamu tertanya dari mana dia dapatkannya. Orang yang minat kamu
akan save nombor telefon kamu dalam diam. Itu merupakan petanda awal dia
memang minat kamu. Meskipun ianya tidak secara straight forward
contohnya bertanya tentang urusan profesional kamu, dia sebenarnya cuba
mahu memulakan komunikasi dengan kamu.
Jika kamu rasa ada tanda-tanda ini dalam diri seseorang, terserah
bagaimana kamu mahu membalas minatnya itu. Jika kamu pun minat dia, tak
salah jika kamu membalasnya dengan cara biasa atau positif juga. Tetapi,
haruslah kamu berwaspada jika dia yang dimaksudkan itu baru kamu
kenali. Meskipun belum pun serius lagi, tetapi kamu harus juga tahu
serba sedikit tentang dia. Kamu harus tanya juga latar belakang dia
sikit-sikit. Kamu juga harus kenal dengan dirinya. Jika boleh, lihat
Facebooknya atau mana-mana laman sosial miliknya. Lihat cara dia
berkomunikasi dengan teman-temannya. Jika ada unsur-unsur miang atau
gatal, barangkali orang yang ada petanda minat kamu ialah orang yang
tidak serius dan suka main-main. Malah, tidak mustahil kamu ini hanyalah
one night stand. Tetapi, barangkali mereka itu kawan-kawannya dan
mereka suka bergurau begitu. Oleh itu, ada perlunya kamu berpegang pada
realiti. Kamu harus berdepan dengannya dengan tenang. Jika dia jujur dan
ikhlas, dia akan lebihkan kamu dari segalanya. Minat tak semestinya
akan berakhir dengan hubungan yang serius ada sesetengah itu berlalu
begitu sahaja. Oleh itu, jika kamu rasa dia hanya sekadar suka-suka
dengan kamu sahaja, ada baiknya kamu layan dia dengan tujuan suka-suka
juga. Berkawanlah dahulu baru ceritanya sempurna.
No comments:
Post a Comment