Sunday, 30 June 2013

CIRI-CIRI KAWAN YANG PERLU/HARUS DIELAKKAN!

Assalamulaikum W.B.T......

Entri kali ni aku nak kongsikan ciri-ciri kawan yang perlu/harus kita elakkan. Aku buat entry ni dalam keadaan bengang. macam-ii karenah kawan yang kita ada. ada yang baik, ada yang buruk....haishhh....mang sakit atie la kan. kadang-ii kita nie tak perfect manapun sampai semua kawan nak suka kita. tapi, sekurang-kurangnye kita berusaha ntok jadi yang terbaik...tapi kalau dorang tak suka lagi, nak buat macam mana kannnn....lagipun kita da cuba yang terbaik supaya orang suka dekat kita...macam-ii yang dah aku alami... gembira... sedey... terluka... bahagia... macam-ii lah....sampai aku da give up dalam berkawan nie....sedey giler kowt nak-ii kawan tue memang yang paling rapat ngan kite....tapi apapun aku tetap still berkawan but berhati-hati la ngan dye tak lagi macam dulu.....Selamat membaca dan menilai (>_~)"

1.Kawan yang jenis talam dua muka/ngumpat belakang
v      kawan ni spesis yang hipokrit…aku paling pantang dengan kawan yang jenis macam ni. Depan kita punyalah baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita kemain lagi mengutuk kita. kalau dia tak suka perangai kita, cakap depan-depan. perbetulkan apa yang kita lakukan. itu la kawan yang baik. nie tak, habeh semua di jaja sifat buruk kita. kadang-ii ditambahnya pulak dalam cerita dia tue supaya orang lain rasa sedap nak dengar. Jenis kawan macam ni memang belambak.
2.Kawan yang jenis makan kawan
v      yang ni spesies musang berbulu ayam. kawan yang tak berperikemanusiaan langsung. sanggup dia makan kawan sendiri sedangkan makanan lain ada depan mata. Adoiiiii…..(O_o). kawan macam ni sanggup buat apa saja dengan apa cara sekali pun sehingga sanggop memusnahkan hidup kawannnya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. lebih kurang pentingkan diri sendirilah.
3.Kawan yang jenis penuh sifat dengki dan iri hati 
v      kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dorang resah gelisah. lepas tue, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. bila kita susah, barulah mereka rasa puas hati. yang ni tak patot kita panggil kawan. kita patot panggil musuh ketat.
 4.Kawan yang  jenis lupa diri
v      spesies ni macam kacang lupakan kulit. da sedap-ii makan kacang, kulit buang merata. kawan macam ni mang totally tak boleh buat kawan. time, dorang susah…..time dorang dah takde kawan cepat-ii cari kita. lepas tu, bila dorang da senang lenang, dorang da lupa la kita nie. pandang kita pun tak nak. pe jenis kawan macam tu. pikir kesenangan dorang sendiri jewk.

5.Kawan yang jenis tak reti guna barang
v      yang ni bukan tak reti apa, tak reti nak mintak kebenaran pinjam barang orang. Allah bagi mulut tu suruh cakap, dia pakai ambik jewk. tahu tak, kalau kita ambil hak orang tanpa meminta kebenaran, itu telah dipanggil MENCURI. dan hukum MENCURI adalah potong tangan. pastu, bila da guna barang kita, tak reti-ii nak pulang balik. buat macam harta sendiri plak tue….haishhhh

6.Kawan yang jenis 4G
v     4G nie macam gedik, gatal, gelenya, gelebeknye. 4G ni di khas untuk perempuan sahaja. kepada perempuan-ii di luar sana, jauhilah kawan-ii anda yang bersikap begini ek.Terkinja-ii, terhegeh-ii dekat lelaki. buat malu kaum hawa je. kita sebagai wanita perlu ada sifat malu. kalau tak ada sifat malu, tanamkan dalam diri kita mulai sekarang juga.

7.Kawan yang jenis kuat touching.
v      sekali-sekala nak touching memang takde hal punya. Tapi kalau sikit-ii nak touching, siapa boleh tahan kan? Kena kutuk sikit dah touching. Kalau setakat touching 5 minit tu boleh considered lagi tapi kalau dah sampai seminggu nak touching, call pun tak angkat, message pun tak reply, memang melampau lah kan.

 8.Kawan yang jenis batu api/menghasut
v      Ini adalah merupakan ciri-ii kawan yang memang patut kita elakkan. Bukan patut tapi memang wajib kita elak. Kawan yang jenis suka mengapi-apikan orang ni lah paling bahaya. Orang yang jenis suka mengapi-apikan orang ni tak akan mudah mengaku kalah. Dia akan pastikan kawan yang dia tak suka akan jatuh menyembah bumi. Kejam gila kan?

 9.Kawan yang jenis tikam belakang/kawan makan kawan
v      kawan yang suka tikam belakang/kawan makan kawan ni pun belambak. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak bole expect gerak-geri dia. Orang jenis suka tikam belakang ni nampak slow je depan kita tapi di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya….dia lebey kurang cam kawan yang jenis talam dua muka/ngumpat belakang la jugak….

 10.Kawan yang jenis suka merendahkan orang lain
v      kawan jenis ni tak bahaya sangat. Tapi kalau boleh cuba jugak elakkan untuk berkawan dengan orang yang jenis suka merendahkan orang lain ni.

 11.Kawan yang jenis berbangga dengan kejahatan yang mereka lakukan
v       kawan macam ni tak tahu la nak cakap macam mana kan. dah buat perkara terkutuk, lepas tu canang perbuatan terkutuk yang dorang lakukan kat orang lain. macam hebat sangat la tue. dorang ingat orang suka sangat nak dengar. mencemuh lagi ada la. jangan la nak bangga sangat dengan dosa yang kita lakukan, sedangkan dosa itu tidak memberi apa-ii manfaat bagi kita. malah, merugikan kita lagi ade lah….

12.Kawan yang jenis berlagak /cakap besar
v      Aku ada jugak kawan yang jenis meninggi diri/cakap besar ni. Kira dialah yang paling hebat. Apa yang orang lain buat, semuanya salah, dia je la yang betul. Konon serba-serbi semua benda dia tahu dari A sampai Z bajet dorang perfect. Kalau nak tahu jenis orang yang suka meninggi diri ni selalunya dia suka condemn orang. Orang yang suka meninggi diri ni jugak selalunya tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Ada je yang tak kena. Dorang kene ngat  semua tue pinjaman dari Allah. jangan nak berlagak sangat. Bila-ii masa je Allah boleh tarik apa yang dia berikan….so, hargailah apa yang kita ada dan tanamkan sifat rendah diri dalam diri kita ni.

13.Kawan yang jenis suka menipu dan memberi alasan
v      kawan yang jenis suka menipu dan suka memberi alasan ni pun belambak jugak. Susah sangat ke nak bercakap benda yang benar? Kalau sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau dah sampai tahap sikit-sikit nak bagi alasan, sikit-sikit nak menipu, memang orang tak akan percaya dah la. Ingat satu je, kalau kita suka sangat menipu, nanti kalau terjadi apa-apa musibah kat kita, kawan-kawan tak akan membantu punya sebab kat muka tu dah ada cop mohor 'KAKI PENIPU'.

14.Kawan yang jenis hangat-hangat tahi ayam.
v      kawan jenis macam ni memang patut dielakkan. Mula-ii kemain lagi plan macam-ii, nak buat itu lah, nak buat ini lah, nak pergi sana la, nak pergi sini la, at last, semua benda tak jadi dan sudah pasti keluar lah macam-ii alasan dari mulut.

 15.Kawan yang jenis kedekut /suka mengungkit
v      kawan macam ni susah kalau kita nak mintak tolong. buat sakit hati je. barang kita bukan main sedap dia guna……bila kita cuit sikit je barang dorang, mula mata jelling-ii, past2, heboh satu kampung macam kita guna barang dorang habeh licin. Kadang-ii dalam persahabatan ada masa kita kenalah berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun nak mengungkit. Adatlah kalau kawan kita tengah pokai, kita yang ada duit ni hulurlah sikit. Kalau kawan kita dalam kesusahan, kita tolong lah untuk menyenangkan kawan kita. Kadang-ii aku pun tak faham dengan orang yang jenis kuat berkira ni. Kalau setakat pinjam RM5 tu tak payah lah nak berkira sangat macam kawan kita pinjam RM100 kat kita.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain. Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.

Sekian.terima kasih. Bye! (>_~)".....................

No comments:

Post a Comment