Ya
sakit itu ujian kecil dari Allah swt untuk menguji hambanya.....dan itulah yang
selalu aku tekankan terhadap diri aku setiap kali rasa down dengan apa yang
sedang berlaku....aku dah menghidap penyakit nie sejak habis spm lagi....sejak
dok kat ppr nie...tiba-tiba jewk terkena penyakit nie....mula-mula dulu dorang
semua cakap aku terkena buatan orang la....aku tertegur/ganggu ‘benda halus’
lah.....tapi apapun aku xpernah percaya benda-benda karut tue....Kalau dikira-kira
dah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit nie....Penyakit apa???sakit kulit
jewk pown...“PSORIASIS”...mungkin bagi sesetengah masyarakat menganggap ia hanya
sekadar penyakit kecil yang xperlu diambil perduli...*kowt*....tapi bagi aku
yang menghadapinya, aku menganggap ia sebagai satu penyakit yang kritakal... koz
ia kekadang mengganggu emosi aku...kekadang sedih....kekadang malu....dan
kekadang rasa nak marah pown ada...ye lah bukan kita yang minta kan ntok dapat
penyakit nie....nak wat rawatan hospital pown amik masa yang lama ntok
sembuh....dokter pernah cakap penyakit nie tak akan sembuh dan tak ada ubat
untuk sembuhkannya sepenuhnya....maknanya bila dah oke tue bila-bila masa dya
boleh datang balik....hurmmm....tp aku kuatkan semangat dan berpegang pada prinsip
iaitu “sakit itu ujian kecil dari Allah swt untuk menguji hambanya dan sebagai
penghapus dosa-dosa kecil yang telah aku lakukan”.
Bagi
yang tak memahami pesakit seperti aku nie....aku hanya mampu redha jewk la.....tak
boleh nak buat po dah....kekadang rasa malu dan sedih pun ada bila tengok kulit
aku yang berkuping-kuping nie tertanggal sendirinya dan meninggalkan kesan
sebagai kepingan putih di kawasan sekitar aku....kekadang kalau kat rumah mak
selalu marah..... “cuba jangan garu-garu kulit tue,mak baru je sapu”....“cubalah
kemas sikit bilik kau tue syila....bersepah-sepah kulit kau tue”....sapa
xsedih....kalau aku xgaru pown kulit tue still akan tertanggal/jatuh sendirinya
sebab dye dikenali sebagai *kulit matang*....kalau kat opiz.....tempat aku duduk
tue berkarpet biru....tak garu pown....tapi lalu lalang kt situ pakai baju
kurung kan....kulit tue automatik gugur ke karpet....kekadang rasa segan jugak
dengan jiran sebelah...kak nadirah....aku bersyukur sangat-sangat koz kak
nadirah bukanlah jenis mulut lepas dan orang-orang kat opiz jenis xamik port
sangat ngan kuping-kuping kulit yang bersepah-sepah kat lantai tue....kalau x
mesti aku makin stress.....sesungguhnya bukan itu yang aku pinta~~haha macam
lagu pulak dah!!
Kekadang
bila aku kuar sik pakai baju lengan panjang/ swearter/ cardigan / inner...memang
lah kene pakai....kalau xpakai terdedahlah kulit aku yang cantik nie kan....lagi
lah org tengok kan....hurmmm *perasaan malu tue wujud lagi*...kekadang teringin
nk pakai tshirt cam dulu-dulu....panas tau asik pakai baju
berlapis-lapis....bile bukak jewk cardigan /inner tue *dalam bilik*...terasa
arghhhhh leganyaaaa.....siyez xtipu....sebab hanya aku jewk yang rase....orang
lain xtahu.....hurmmmm.....muka aku yang merah-merah dan mengelupas seakan
kering nie.....orang xtahu puncanya...dorang dok cakap... “tebalnye blusher ko
pakai syila sampai ke hidung”....dorang xtau itu blusher semula jadi
aku.....kekadang ada mulut-mulut yang cakap....“syila makeup tebal-tebal bajet
cantik”....padahal aku makeup sebab nak cover tone kulit aku nie yang nampak
cam sopak effect daripada psoriasisku ini....hurmmmm...aku abaikan apa yang
berlaku coz aku percaya Allah swt sedang merancang sesuatu untuk hambanya yang
bersabar....
Kalau
diikutkan psoriasis aku nie makin hari makin terok....nak-nak skunk nie aku
jarang berubat, cepat stress dan emotional sejak meningkat usia nie...hehe....
walaupun
rawatan moden mengatakan tiada lagi penawar penyakit psoriasis nie, tapi bagi
aku sebagai umat islam yang berpegang teguh dgn sabda nabi , “SETIAP PENYAKIT
DIJAMIN ADA UBATNYA, KECUALI MATI”. Setiap ujian datang dari Allah swt dan ada
hikmah disebaliknya....oleh itu, aku laluinya dengan sabar dan yakin pasti ada
jalan untuk sembuh dengan izin Allah swt jika aku terus bersabar dan
berusaha..walauapapun aku tetap kuatkan diri untuk tak bersedey dan yakin
terhadap perjalanan yang telah Allah swt karangkan untuk hamba-Nya yang kerdil
ini....aku redha dan yakin apa yang baik tu datangnya dari Allah s.wt dan yang
sebaliknya tu berpunca dari kita...dan aku
bersyukur kerana aku adalah insan yang paling istimewa dari yang
teristimewa yang terpilih untuk menghadapi ujian ini..ada hikmahnya...usah
kecewa kerana setiap penyakit ada ubatnya... (>_~)
Sebuah hadis sahih Bukhari, dari hadis Abu
Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W bersabda:
“Allah
tidak menurunkan penyakit melainkan juga menurunkan penawar (ubat) baginya.”
Di
dalam sahih Muslim diriwayatkan dari hadis Jabir bin Abdullah berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Setiap
penyakit ada ubatnya. Jika suatu ubat penawar sesuai untuk penyakit (tersebut),
maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”
Nah info serba sedikit tentang
penyakit
psoriasis nie, don’t make us down!! :-
Gambaran Psoriasis
- Definasi~ Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia berpunca daripada sel kulit tumbuh dengan lebih cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.~ Antara faktor lain menjadi penyebab psoriasis bertambah buruk ialah tekanan, berhenti mengambil kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.Proses Psoriasis~ Tahap jangkitan psoriasis bermula daripada tompok kecil pada satu bahagian hinggalah ke seluruh permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik dan ia adalah bahagian keradangan dengan pengeluaran kulit berlebihan.~ Seterusnya, kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini serta mengakibatkan sel mati berwarna perak. Ia sering didapati di siku, lutut, tetapi juga boleh dijangkiti di mana-mana bahagian badan termasuk kulit kepala, punggung, tapak kaki dan kemaluan.~ Luka radang pula boleh menimbulkan rasa pedih, gatal dan panas. Apabila ia berlaku, kulit menjadi merah, tebal (akibat berlebihan sel), keras dan menggelupas sebelum tanggal sebagai kepingan nipis berwarna putih keperangan.NOTA:~ Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur.~ Menurut Perunding Dermatologi dan Pakar Bedah Laser, Dr Mohd Noh Idris, berkata psoriasis adalah penyakit kulit disebabkan proses penggantian kulit berlaku terlalu cepat, iaitu dalam masa 3 atau 4 hari, berbanding individu normal yang mengambil masa lebih kurang 30 hari namun punca sebenar psoriasis masih tidak diketahui hingga kini.~ Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira 3% rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis(penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi). Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang. Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir ¼ daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian.~ Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.~ Berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77% daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian. Ia mengundang rasa rendah diri, malu, tertekan dan terasing antara perasaan yang dialami pesakit kulit psoriasis hingga mengalami trauma psikologi iaitu malu berhadapan khalayak ramai.~ Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.~ Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).~ Kepala, siku, lutut, tubuh badan, muka termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dan sering diserang psoriasis, malah dianggarkan 30% penyebab kepada penyakit sendi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.~ Penyakit ini bukan saja menjejaskan hubungan sosial pesakit, malah menimbulkan perspektif negatif terhadap keadaan diri mereka. Justeru, rawat penyakit ini secara berkala.~ Dr Steven berkata, psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).~ Apabila penyakit menyerang, perasaan tidak mahu langsung berjumpa orang ramai membuak dalam diri.~ Ia juga menyebabkan kulit menjadi gatal dan membuatkan pesakit sering menggaru hingga berdarah. Gejala ini juga bergantung kepada tahap dan bahagian yang diserang psoriasis.~ Pesakit juga mungkin mengalami ketidakselesaan dan kecacatan fizikal yang kecil atau besar. Kegatalan dan kesakitan boleh mengganggu fungsi asas seperti penjagaan diri, berjalan dan tidur.~ Pesakit psorisis juga alah kepada cahaya matahari. Jika terdedahkan, kulit akan menjadi merah jambu seperti warna ikan salmon manakala plak yang timbul pada bahagian tangan dan kaki juga mungkin menyebabkan pergerakan individu terbatas, terutama dalam bersukan, malah aktiviti riadah.~ Plak yang tumbuh di bahagian kulit kepala pula boleh menjadi perkara memalukan disebabkan kepingan bersisik yang boleh menjadi kelemumur. Individu yang mengalami psoriasis mungkin berasa malu mengenai diri mereka dan mempunyai rasa rendah diri bimbang dijauhi masyarakat atau kebimbangan mengenai psikoseksual.~ Kajian dilakukan Yayasan Psoriasis Kebangsaan Amerika Syarikat bersama 426 pesakit psoriasis pada 2008 menyatakan - 71% menganggap penyakit ini menjadi masalah besar dalam kehidupan seharian mereka dan memberi kesan terhadap kualiti kehidupan berasaskan kesihatan.~ Ia juga mengakibatkan kesan buruk terhadap penyakit kronik lain, misalnya kemurungan, bengkak jantung (myocardium infarction), hipertensi, kegagalan jantung kongestif atau kencing manis. Pesakit yang menghidapi psoriasis teruk juga biasanya mempunyai jangka hayat lebih pendek.Tanda-tanda / Simptom psoriasis(Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah)~ mengalami masalah kulit berkuping-kuping, seperti bersisik dan kemerah-merahan pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan serta rasa gatal yang melampau dan panas seolah-olah terbakar tetapi pada tahap yang berbeza-beza.~ apabila cuaca terlampau panas/terlampau sejuk mengakibatkan kulit mengalami masalah ketidakselesaan fizikal/ keradangan.~ Kulit akan menjadi berbintik atau membengkak, bertompok merah dan kulit pada bahagian berkenaan menebal serta keras. Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat mengakibatkan keguguran sisik pada kulit.Jenis-jenis psoriasis~ Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok~ Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.~ Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis~ Lampin psoriasis~ Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan~ Guttate psoriasis~ Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
Komplikasi~ Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik.~Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.Tip rawatan dan ubat melegakan(Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
- Pelembab
-Menggunakan sarung tangan
- Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
-Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
-Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
- Ubatan dan krim
- Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA
Perkara perlu diingati
- Psoriasis BUKAN penyakit berjangkit.
- Psoriasis ialah penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang mampu mengawal penyakit ini. Adakala ia wujud dan sebaliknya.
MITOS UMUM MENGENAI PSIORIASIS:
• MITOS 1: Psoriasis berjangkit.
Hakikatnya:
Psoriasis, terutama dalam bentuk sederhana atau teruk, mudah kelihatan di
permukaan kulit. Disebabkan pertumbuhan abnormal sel kulit, tompok merah
bersisik di kulit akan kelihatan. Bagaimanapun, psoriasis tidak berjangkit.
Anda tidak boleh dijangkiti penyakit ini daripada orang lain dan tidak boleh
memindahkannya kepada orang lain hanya dengan menyentuh mereka atau dekat
dengan mereka.
• MITOS 2: Psoriasis hanya penyakit kulit. Satu
masalah kosmetik.
Hakikatnya:
Psoriasis ialah penyakit kronik dalam sistem imuniti badan yang menyebabkan
pertumbuhan sel kulit tidak normal. Sel kulit biasa matang dalam masa 28 hingga
30 hari dan ia gugur daripada permukaan kulit. Tanpa disedari, sel kulit
psoriatik mengambil masa hanya tiga hingga empat hari untuk matang dan timbul
di permukaan kulit, menyebabkan sel berlapis dan membentuk luka bersisik. Luka
psoriasis mengakibatkan kepedihan dan kegatalan, dan ia boleh pecah dan
berdarah. Dianggarkan 30 hingga 50 peratus pesakit psoriasis menghidap artritis
psoriasis yang menyebabkan kesakitan, kekejangan dan bengkak sekitar sendi.
• MITOS 3: Psoriasis hanya memberi kesan kepada
pesakit secara fizikal.
Hakikatnya:
Selain masalah fizikal, wujud juga kesan psikologi dan emosi dialami pesakit
psoriasis. Mereka sering dilaporkan mengalami perasaan tidak berdaya, putus
harapan, marah, kekecewaan dan kemurungan berkaitan keadaan kulit mereka dan
bagaimana reaksi orang lain terhadap keadaan mereka. Ada pesakit yang menghidap
psoriasis teruk mengalami tekanan sehingga ingin membunuh diri. Pesakit juga
sering membandingkan kecacatan mereka dengan pesakit yang menghidapi penyakit
kronik seperti kencing manis atau penyakit jantung.
• MITOS 4: Psoriasis disebabkan tidak menjaga
kebersihan.
Hakikatnya:
Psoriasis juga penyakit sistem imuniti badan dan tiada kena-mengena dengan
faktor kebersihan. Punca yang boleh menyebabkan psoriasis termasuk jangkitan,
tekanan atau kebimbangan, perubahan hormon, kecederaan kulit, alkohol, obesiti,
pemakanan tidak sihat, dan ubat-ubatan tertentu.
• MITOS 5: Psoriasis boleh diubati.
Hakikatnya:
Psoriasis penyakit kronik yang dialami seumur hidup. Tiada ubat yang boleh
menyembuhkannya buat masa ini tetapi dengan pilihan rawatan terbaru dan sedia
ada yang dipertingkatkan, pesakit kini mempunyai pelbagai kaedah untuk membantu
mengawal simptom ini.
• MITOS 6: Psoriasis mudah didiagnosis.
Hakikatnya:
Kebanyakan keadaan yang memberi kesan kepada kulit kelihatan lebih kurang sama,
contohnya simptom awal psoriasis, seperti kegatalan dan tompok merah, kelihatan
sama seperti ekzema atau atopik dermatitis.
• MITOS 7: Psoriasis tidak boleh diwarisi.
Hakikatnya:
Anggaran 40% - 60% pesakit mempunyai hubungan genetik. Begitupun, kecenderungan
genetik tidak bermakna seorang individu akan mendapat penyakit itu. Faktor yang
boleh mencetuskan penyakit ini termasuk kecederaan atau infeksi yang mungkin
bertindak dengan beberapa gen, atau corak keturunan spesifik gen, seterusnya
bertindak balas menyebabkan psoriasis.
Sumber: www.myhealth.gov.my
Sumber: www.viviecare.com.
Sumber: www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment