Friday, 1 August 2014

Re:Post...[m!ss aWak sAngAt-sAngAt......♥♥♥♥]

it just the memories~~

Awak.....awak ingat lagi xmacam mane kite boley kenal???sye ingat ag wak....waktu tue malam dalam kol 10.00 lebey laa...waktu tue sye ngah borak-ii ngan member-ii sye dalam bilik...tibe-ii awak mesej n kol cakap nak berkenalan...sye tnye awk mne dapat no sye...awak cakap yang kawan awk...[kenal sye dr ym] yang bagi....start dr tue kita mula berhubung......
 


lepas tue awk ajak jumpe....awak ingat tak waktu mula-ii kite jumpe.....waktu tue bulan puasa,awak jemput sye kt umah mak sye...kite borak-ii jap kat parking moto.....waktu tue masing-ii malu-ii ag....kelaka jewk bile ingat balik waktu tue...seb baek awk sporting....xdew r rase janggal sgt...

past kite borak-ii xtaw nak watpew past2....awak tnye sye nak g mne-ii kew??sye pown xdew idea cume tetbe terpikir nak g beli stiker ntok hias opiz....past2 awak pown bawak sye jenjalan naek moto g chow kit carik barang tue...kite jumpe kejap jewk dalam 4jam  koz awak masok kje petang....

Seminggu sebelum raya awak kol sye......waktu tue awak ngah kejew malam....awak bosan waktu tue....kurang kasih sayang katanye.....hahaha....waktu tue sye kat umah maklong sye...sje jewk berkumpul kat sane.....awak kol tengah-ii malam.....sebab bosan masing-ii xdew bende nak citer...awk pown bukak topik ajak maen teka lagu.....hahahaha....best sangat...sye epy sangat waktu tue wak....lame sangat kte 'bergayut'...macam-ii lagu yang kuar....hahahaha...rindu sangat saat-ii tue....


Raya ke-2.....awak dah kene kejew....cian awk.....waktu tue awk cakap awak nak datang raya umah sye....spe yg xterkejut..sbb sye rase awak cam maen-ii...n perhubungan kite xdew la serius sgt...[koz awak ngah single...sye pown single...masing-ii ngah alone la katakan....layan jewk la]...tapi sye xbagi...koz takut pemely sye salah faham pulak....awak cakap xpew lah...tapi dengan syarat borak-ii ngan awak waktu tue...koz awak mang ngah xdew bende nak boat...macam biase....da abiz temuramah masing-ii da xdew topik mulalah xtiviti biase teke lagu!!hahahaha....kita boleh serasi coz masing-ii minat muzik kowt.....saye rindukan awk sangat-ii...
awak selalu mesej-ii n kol sye...boleh dikatakan hari-ii....tiap kali sye kebosannan n kacau awak,...awak xpernah marah or tak layan....mesej-ii sentiasa dibalas......awak selalu gak ajak jumpe...tapi sye segan kalau kuar berdua ngan awak jewk....saye takot kalau atie sye dah terlalu sayangkan awak past2 awak lupakan sye.....tapi dalam atie saye  sebenarnye memang nak sgt jumpe awak.....sye xtaw perasaan awak kt sye cmner..tp yang sye taw sye da mula sukakan awk...saye takot nak bagitaw awak koz takot dikecewakan....sye sedar spelah sye....
    
Awak...sye xdapat tipu perasaan sye lagi...sye da makin sayangkan awak...Tapi waktu sye dah semakin sayangkan awk....tbe-ii sye dapat berita yang betul-ii membuatkan sye hati sye terluka......Sumone kol sye *gurl* gne no. awk...tanye siapa sye....ape hubungan sye ngan awak....waktu tue bertapa remuknye atie saye....jantung saye terhenti seketika waktu tue......lepas tue hubungan kite jadi agak renggan....walaupown kite masih berhubung*melalui fb* tp perasaan dan layanan sye pada awk tak seperti dulu.....
Awak.....sye tak suke jadi perampas....sye takot sye jadi org ketiga dalam hubungan awak ngan gurl tue....walaupown saye xtahu siape sebenarnye gurl tue dalam hidup awak till now......Ya!!!saye cintakan awak...Tapi saya tak boleh miliki awk....saye sedar semua itu.....saye harap awak berbahagia bersama orang yang awak pilih & sayang....Biarlah perasaan ini hanya sye dan Allah swt sahaja yang tahu.....(O__o).

Makne disebalik MATA berkedip-kedip...(>__<)



Disebabkan Mata-Mata aku selalu sangat berkedip-kedip...so aku pown searchlah maksud disebalik kejadiannyer....Apa yang aku ingin kosngsikan di sini, sekadar ingin dikongsikan. Terserah kepada anda semua ingin percaya atau tidak. Sesungguhnya Allah itu selalu menguji hambaNya dengan kejadian-kejadian yang secara  kebetulan....Nasihat aku tak payahlah percaya. Hehehehe...

Jika alis kanan bergerak - akan bertemu orang yang disayangi

Alis kiri - akan mendapat wang

Kelopak mata kanan atas bergerak - akan mendapat keuntungan dan memperolehi keamanan

Kelopak mata kanan dibwah bergerak - akan mendapat kesusahan

Kelopak mata kiri atas bergerak - akan mendapat kebaikan

Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh

Ekor mata kiri bergerak - mendapat sedikit kesusahan

Biji mata kanan bergerak - akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak - berasa gembira dihati


Jika MATA KANAN sahaja yang bergerak

6 - 8 am : akan ada yang menggoda atau menganggu
8 - 10 am : akan ada yang berkhianat
10 - 12 pm : akan ada urusan yang tidak baik
12 - 2 pm : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
2 - 4 pm : akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu
4 - 6 pm : akan didatangi orang tua atau saudara
6 - 8 pm : akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik
8 - 10 pm : akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara
10 - 12 am : akan diundang orang yang mempunyai hajat
12 - 2 am : akan ada yang jahil
2 - 4 am : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
4 - 6 am : akan mendapat rezeki atau keuntungan

Jika MATA KIRI sahaja yang bergerak

6 - 8 am : akan didatangi tetamu yang jauh
8 - 10 am : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
10 - 12 pm : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
12 - 2 pm : akan mendapat keuntungan
2 - 4 pm : akan mendapat keuntungan yang berupa barangan
4 - 6 pm : akan mendapat rezeki
6 - 8 pm : akan menerima tetamu yang menyebabkan kegembiraan
8 - 10 pm : akan dikunjungi oleh saudara mara
10 - 12 am : akan mendapat pertolongan dari orang lain
12 - 2 am : akan mendapat kesusahan dan diserang penyakit
2 - 4 am : akan didatangi tetamu jauh
4 - 6 am : akan dikunjungi oleh saudara mara

Tanda-Tanda Someone Minat Anda Dalam Diam...

Minat? Itu terlalu subjektif. Susah nak teka hati seseorang. Minat yang biasa kita tahu ialah menyukai atau mengkagumi seseorang. Tetapi, tidak semua orang akan tunjukkan minat mereka. Tanda-tanda kami diminati seseorang ialah:

1. Cara Dia Memandang

Orang yang minat kita biasanya suka melihat kita terutama pada sekitar wajah kita. Mereka akan mengamati wajah kamu dalam-dalam kerana ada unsur tertarik. Untuk pengetahuan kamu, jika renungan dan cara dia memandang kamu membuatkan kamu rasa segan atau berdebar, itu merupakn petanda bahawa dia memang minat dengan kamu kerana bak kata orang dari mana datangnya sayang kalau bukan dari mata jatuh ke hati.

2. Bahasa Tubuh

Apa perasaan kamu apabila berdepan dengan orang yang kamu minat? Gemuruh, blur dan gementar. Segalanya boleh dlihat dari bahasa tubuh seperti menelan air liur dalam-dalam. Mata lari sana lari sini. Kerap menjilat bibir bila berbicara juga menunjukkan seseorang itu resah. Rasa nak senyum tapi cepat-cepat tarik balik senyum itu seolah-olah tak nak kamu perasan yang dia minat kamu. Dia juga lebih berhati-hati dalam bercakap dengan kami.

3. Mahu Berlama-lama Dengan Kamu

Adakala orang yang minat kamu jenis yang slow and steady. Dia mungkin bukan jenis yang gopoh dalam urusan meluahkan perasaan. Meskipun dia minat kamu, tetapi dia tidak mahu kehilangan kamu, oleh itu, dia pendamkan saja perasaan itu sebab takut kamu akan larikan diri. Tetapi, bagi mereka yang bijak, dia akan gunakan segala peluang yang ada untuk mendekati kamu. Jika harus berbincang, dia akan sengaja buat-buat sesuatu untuk berlama-lama berbincang dengan kamu.

4. Soalan Yang Sepatutnya Ditanya Pada Awal Perkenalan tetapi Ditanya Sekarang.

Jika seseorang itu menganggap kamu ini hanyalah teman biasa atau dengan erti kata lain, kawan-kawan sahaja, dia akan lebih terbuka pada awal perkenalan. Pada awal perkenalan, sekiranya seseorang itu menganggap kamu kawan biasa, dia tidak akan cover dirinya. Dia menjadi dirinya sendiri dan tidak segan dengan kamu. Maknanya, pada awal perkenalan, dia sudah berbual panjang dengan kamu. Tetapi, sebaliknya orang minat kamu akan lebih banyak memerhati gerak gaya kamu. Kalau bercakap pun sikit-sikit saja ataupun tanya benda simple seperti " dah makan?" Maknanya perbualan itu sedikit-sedikit sebab dia tidak mahu kamu tahu kelemahannya. Tetapi, apabila sudah lama mengenalinya, barulah dia mula bertanya soalan peribadi pada kamu contohnya, awak ini orang mana ya? Pastinya kamu terkejut  kerana soalan itu tiba-tiba ditanya kerana selama ini dia tidak banyak cakap dengan kamu. Apabila kamu bertanya kenapa, dia akan menjawab dengan memberikan pelbagai alasan seperti wajah kamu serupa dengan rakan sekolahnya atau pernah ternampak kamu di mana-mana suatu ketika dulu. Jika betul wajah kamu serupa rakan sekolahnya, sepatutnya dia akan mula teruja pada hari pertama berjumpa kamu. Pastinya dia akan terus bertanya pada saat itu. Tetapi, nampaknya dia ambil masa untuk bertanya hal peribadi kamu. Kamu harus tahu, orang yang minat kita banyak berfikir kerana mahu mencari topik bercakap dengan kamu. Dia mahukan topik itu kelihatan bersahaja tetapi ada masa2 kantoi  juga...hehehe....

5.Segan Nak Minta Nombor Telefon Kamu Secara Terus Dari Kamu

Orang yang minat kamu, sukar mahu bersahaja. Ada yang menganggu fikirannya kerana dia terlalu memikirkan apa yang kamu fikir tentang dia. Ada sesetengah dari mereka susah nak mengaku minat akan kamu tetapi apabila mereka dilayan baik oleh kamu, perasaan teruja itu kelihatan. Dia suka merasakan dirinya diperlukan oleh kamu. Tetapi, hakikat sebenarnya, dialah paling memerlukan kamu. Dia mahu nombor telefon kamu, tetapi segan mahu memintanya. Ada sesetengah itu, akan cuba meminta dengan cara indirect. Sebagai contoh, apabila kamu ada urusan dengannya dan urusan itu memerlukan update dan dia akan bertanya begini, " macamana nak hubungi awak ya". Apabila kamu kata kamu yang akan menghubunginya,  dia tunjukkan wajah kurang selesa kerana dia mahukan nombor telefon bimbit kamu dan apabila kamu mengatakan begitu, nampak sangat kamu tidak mahu berurusan dengannya secara peribadi. Kamu jangan terkejut kalau tiba-tiba sahaja dapat mesej atau panggilan daripadanya. Pasti kamu tertanya dari mana dia dapatkannya. Orang yang minat kamu akan save nombor telefon kamu dalam diam. Itu merupakan petanda awal dia memang minat kamu. Meskipun ianya tidak secara straight forward contohnya bertanya tentang urusan profesional kamu, dia sebenarnya cuba mahu memulakan komunikasi dengan kamu.

Jika kamu rasa ada tanda-tanda ini dalam diri seseorang, terserah bagaimana kamu mahu membalas minatnya itu. Jika kamu pun minat dia, tak salah jika kamu membalasnya dengan cara biasa atau positif juga. Tetapi, haruslah kamu berwaspada jika dia yang dimaksudkan itu baru kamu kenali. Meskipun belum pun serius lagi, tetapi kamu harus juga tahu serba sedikit tentang dia. Kamu harus tanya juga latar belakang dia sikit-sikit. Kamu juga harus kenal dengan dirinya. Jika boleh, lihat Facebooknya atau mana-mana laman sosial miliknya. Lihat cara dia berkomunikasi dengan teman-temannya. Jika ada unsur-unsur miang atau gatal, barangkali orang yang ada petanda minat kamu ialah orang yang tidak serius dan suka main-main. Malah, tidak mustahil kamu ini hanyalah one night stand. Tetapi, barangkali mereka itu kawan-kawannya dan mereka suka bergurau begitu. Oleh itu, ada perlunya kamu berpegang pada realiti. Kamu harus berdepan dengannya dengan tenang. Jika dia jujur dan ikhlas, dia akan lebihkan kamu dari segalanya. Minat tak semestinya akan berakhir dengan hubungan yang serius ada sesetengah itu berlalu begitu sahaja. Oleh itu, jika kamu rasa dia hanya sekadar suka-suka dengan kamu sahaja, ada baiknya kamu layan dia dengan tujuan suka-suka juga. Berkawanlah dahulu baru ceritanya sempurna.

Sunday, 21 July 2013

OME!!! [Owh My English]



Yes!!!sesungguhnya sye bukanlah seorg yang bijak berkata-kata di dalam bahasa english.....But for tiz sem i need to study about *ENGLISH*!!!back to school la gamaknye!!!! For tiz Sem...aku diwajibkan amik subjek *English For Communication* dah lah subjek nie berangkai......kene mik English For Communication I, II and III.....memang la nampak sonag...tp afta result aku yang lepas-lepas amat mengecewakan.....then aku decide ntok study betol- betol ntok sem2 yang mendatang.....

Hape ingat dak2 yang mik pjj xpayah wat assignment ke???hurmmmm dalam mimpi jewk la.... for tiz sem aku rasa English For Communication lah paling banyk assignment....Xcaya??? C!!!

  i- Short Speech (10%)
 ii- Grammar Portfolio I (10%)
iii- Role Play / Movie (10%)
iv- Grammar Portfolio II (10%)  
 v- Listening Test (10%)
vi- Grammar Portfolio III (10%) 

See banyak x???memang sejak dari skola lagi aku nie mang slow ckit bab2 english nie....hurmmmm....aku kene lebih berusaha ntok dapatkan result yang terbaik!!!!Don't give up shela!!!

 

Sunday, 30 June 2013

CIRI-CIRI KAWAN YANG PERLU/HARUS DIELAKKAN!

Assalamulaikum W.B.T......

Entri kali ni aku nak kongsikan ciri-ciri kawan yang perlu/harus kita elakkan. Aku buat entry ni dalam keadaan bengang. macam-ii karenah kawan yang kita ada. ada yang baik, ada yang buruk....haishhh....mang sakit atie la kan. kadang-ii kita nie tak perfect manapun sampai semua kawan nak suka kita. tapi, sekurang-kurangnye kita berusaha ntok jadi yang terbaik...tapi kalau dorang tak suka lagi, nak buat macam mana kannnn....lagipun kita da cuba yang terbaik supaya orang suka dekat kita...macam-ii yang dah aku alami... gembira... sedey... terluka... bahagia... macam-ii lah....sampai aku da give up dalam berkawan nie....sedey giler kowt nak-ii kawan tue memang yang paling rapat ngan kite....tapi apapun aku tetap still berkawan but berhati-hati la ngan dye tak lagi macam dulu.....Selamat membaca dan menilai (>_~)"

1.Kawan yang jenis talam dua muka/ngumpat belakang
v      kawan ni spesis yang hipokrit…aku paling pantang dengan kawan yang jenis macam ni. Depan kita punyalah baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita kemain lagi mengutuk kita. kalau dia tak suka perangai kita, cakap depan-depan. perbetulkan apa yang kita lakukan. itu la kawan yang baik. nie tak, habeh semua di jaja sifat buruk kita. kadang-ii ditambahnya pulak dalam cerita dia tue supaya orang lain rasa sedap nak dengar. Jenis kawan macam ni memang belambak.
2.Kawan yang jenis makan kawan
v      yang ni spesies musang berbulu ayam. kawan yang tak berperikemanusiaan langsung. sanggup dia makan kawan sendiri sedangkan makanan lain ada depan mata. Adoiiiii…..(O_o). kawan macam ni sanggup buat apa saja dengan apa cara sekali pun sehingga sanggop memusnahkan hidup kawannnya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. lebih kurang pentingkan diri sendirilah.
3.Kawan yang jenis penuh sifat dengki dan iri hati 
v      kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dorang resah gelisah. lepas tue, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. bila kita susah, barulah mereka rasa puas hati. yang ni tak patot kita panggil kawan. kita patot panggil musuh ketat.
 4.Kawan yang  jenis lupa diri
v      spesies ni macam kacang lupakan kulit. da sedap-ii makan kacang, kulit buang merata. kawan macam ni mang totally tak boleh buat kawan. time, dorang susah…..time dorang dah takde kawan cepat-ii cari kita. lepas tu, bila dorang da senang lenang, dorang da lupa la kita nie. pandang kita pun tak nak. pe jenis kawan macam tu. pikir kesenangan dorang sendiri jewk.

5.Kawan yang jenis tak reti guna barang
v      yang ni bukan tak reti apa, tak reti nak mintak kebenaran pinjam barang orang. Allah bagi mulut tu suruh cakap, dia pakai ambik jewk. tahu tak, kalau kita ambil hak orang tanpa meminta kebenaran, itu telah dipanggil MENCURI. dan hukum MENCURI adalah potong tangan. pastu, bila da guna barang kita, tak reti-ii nak pulang balik. buat macam harta sendiri plak tue….haishhhh

6.Kawan yang jenis 4G
v     4G nie macam gedik, gatal, gelenya, gelebeknye. 4G ni di khas untuk perempuan sahaja. kepada perempuan-ii di luar sana, jauhilah kawan-ii anda yang bersikap begini ek.Terkinja-ii, terhegeh-ii dekat lelaki. buat malu kaum hawa je. kita sebagai wanita perlu ada sifat malu. kalau tak ada sifat malu, tanamkan dalam diri kita mulai sekarang juga.

7.Kawan yang jenis kuat touching.
v      sekali-sekala nak touching memang takde hal punya. Tapi kalau sikit-ii nak touching, siapa boleh tahan kan? Kena kutuk sikit dah touching. Kalau setakat touching 5 minit tu boleh considered lagi tapi kalau dah sampai seminggu nak touching, call pun tak angkat, message pun tak reply, memang melampau lah kan.

 8.Kawan yang jenis batu api/menghasut
v      Ini adalah merupakan ciri-ii kawan yang memang patut kita elakkan. Bukan patut tapi memang wajib kita elak. Kawan yang jenis suka mengapi-apikan orang ni lah paling bahaya. Orang yang jenis suka mengapi-apikan orang ni tak akan mudah mengaku kalah. Dia akan pastikan kawan yang dia tak suka akan jatuh menyembah bumi. Kejam gila kan?

 9.Kawan yang jenis tikam belakang/kawan makan kawan
v      kawan yang suka tikam belakang/kawan makan kawan ni pun belambak. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak bole expect gerak-geri dia. Orang jenis suka tikam belakang ni nampak slow je depan kita tapi di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya….dia lebey kurang cam kawan yang jenis talam dua muka/ngumpat belakang la jugak….

 10.Kawan yang jenis suka merendahkan orang lain
v      kawan jenis ni tak bahaya sangat. Tapi kalau boleh cuba jugak elakkan untuk berkawan dengan orang yang jenis suka merendahkan orang lain ni.

 11.Kawan yang jenis berbangga dengan kejahatan yang mereka lakukan
v       kawan macam ni tak tahu la nak cakap macam mana kan. dah buat perkara terkutuk, lepas tu canang perbuatan terkutuk yang dorang lakukan kat orang lain. macam hebat sangat la tue. dorang ingat orang suka sangat nak dengar. mencemuh lagi ada la. jangan la nak bangga sangat dengan dosa yang kita lakukan, sedangkan dosa itu tidak memberi apa-ii manfaat bagi kita. malah, merugikan kita lagi ade lah….

12.Kawan yang jenis berlagak /cakap besar
v      Aku ada jugak kawan yang jenis meninggi diri/cakap besar ni. Kira dialah yang paling hebat. Apa yang orang lain buat, semuanya salah, dia je la yang betul. Konon serba-serbi semua benda dia tahu dari A sampai Z bajet dorang perfect. Kalau nak tahu jenis orang yang suka meninggi diri ni selalunya dia suka condemn orang. Orang yang suka meninggi diri ni jugak selalunya tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Ada je yang tak kena. Dorang kene ngat  semua tue pinjaman dari Allah. jangan nak berlagak sangat. Bila-ii masa je Allah boleh tarik apa yang dia berikan….so, hargailah apa yang kita ada dan tanamkan sifat rendah diri dalam diri kita ni.

13.Kawan yang jenis suka menipu dan memberi alasan
v      kawan yang jenis suka menipu dan suka memberi alasan ni pun belambak jugak. Susah sangat ke nak bercakap benda yang benar? Kalau sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau dah sampai tahap sikit-sikit nak bagi alasan, sikit-sikit nak menipu, memang orang tak akan percaya dah la. Ingat satu je, kalau kita suka sangat menipu, nanti kalau terjadi apa-apa musibah kat kita, kawan-kawan tak akan membantu punya sebab kat muka tu dah ada cop mohor 'KAKI PENIPU'.

14.Kawan yang jenis hangat-hangat tahi ayam.
v      kawan jenis macam ni memang patut dielakkan. Mula-ii kemain lagi plan macam-ii, nak buat itu lah, nak buat ini lah, nak pergi sana la, nak pergi sini la, at last, semua benda tak jadi dan sudah pasti keluar lah macam-ii alasan dari mulut.

 15.Kawan yang jenis kedekut /suka mengungkit
v      kawan macam ni susah kalau kita nak mintak tolong. buat sakit hati je. barang kita bukan main sedap dia guna……bila kita cuit sikit je barang dorang, mula mata jelling-ii, past2, heboh satu kampung macam kita guna barang dorang habeh licin. Kadang-ii dalam persahabatan ada masa kita kenalah berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun nak mengungkit. Adatlah kalau kawan kita tengah pokai, kita yang ada duit ni hulurlah sikit. Kalau kawan kita dalam kesusahan, kita tolong lah untuk menyenangkan kawan kita. Kadang-ii aku pun tak faham dengan orang yang jenis kuat berkira ni. Kalau setakat pinjam RM5 tu tak payah lah nak berkira sangat macam kawan kita pinjam RM100 kat kita.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain. Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.

Sekian.terima kasih. Bye! (>_~)".....................

Sunday, 16 June 2013

Xperia Sola oH Xperia Sola.........

Nie la Xperia Sola..aku punye warne itam..nk yang warna merah tue xdew stok la plak... 

Ari ini dah genap sebelas bulan aku pakai Xperia Sola aku yang dibeli pada Ogos 2012 kat petama complek akibat samsung aku pecah seribu *terjatuh*...suh ganti ntok raya lah katakan.....Selama aku guna  Xperia Sola banyak sangat menguji kesabaran kowt.....Antara kelemahan yang ketara kat handphone aku ni * Xperia Sola*  (nak kutuk la ni).......

          Sebenarnye aku tersalah beli Xperia Sola nie!!!!!!cina kedai handphone tue promote baek punye sampai aku terlupa bende yang penting yang aku nak dalam handphone iaitu camera depan /belakang yang cantik n sound yang sedap!!!tue jewk......*maklumlah gegurl nie mang pantang de camera kan!!!* Xperia Sola nie xde camera depan *3g*......haishhhh frust!!!nak g tukar cam malas dah TERbeli... tapi sebab dah berkenan ngan handphone nie  layan jewk la...sebab handphone aku yang lagi satu tue ade jewk 3g.....cuma xbest la kan alang-alang beli baru baek yang perfect xgitue???hehe.....tp xpe lah syukur alhamdulillah.....dapat jugak aku beli yang baru kannnnn....=)


          Selain tue, bateri dia yang kurang power, dengan kapasiti 1,320mAH tak banyak yang kita boleh lakukan selama 4 jam....dah la aku nie hantu muzik/games/internet....mane lah nak cukup....sikit-sikit mulalah lampu kelip-kelip ultraman tue menyala minta tenaga....kalau dalam bas manelah nak cas kan????*sebelum powerbank pemez r*.... oleh itu Charger USB n  powerbank mesty sentiasa kena standby.....Ingat lagi kenangan aku waktu baru 3bulan guna Xperia Sola....waktu tue de kursus kt PD...maklumlah jumpe ramai kengkawan sik nak interpreme jewk la....sampai xsedar bateri dah nak kong.....xsempat nak balik bilik ntok  cas dah K.O....*tak dapat nak diselamatkan!*....then sampai bilik terus kelam kabut cari charger nak cas...then trs cas....org ckp ble dah kong cm2 jangan on ble caj...bg bateri masuk ckit baru on...then aku pown biarkan jewk la dalam 20 minit....afta tat g la check....punyalah sakitnye hati mak nengok2 still same....Bateri xmasok!!!haishh dalam hatie...*ah suda...jangan wat hal tyme2 kering nie!!*...then mbe pown cakap....*agaknye dye kene cas bawah cahaya matahari kowt??*sola la katakan*...kebetulan waktu tue malam....tyme tue mang frust  giler kowt.....dok berangan nak upload fresh pict dlm fb tp angan2 jewk la!!!....so oleh kerana  xda matahari malam tue....*giler matahari tengah2 malam kan???*...aku pown biarkan lah handphone aku tue dicas semalaman....*sakit lah katakan*....pagi2 soknye....waktu nak solat subuh aku tengok still bateri xmasuk...lampu still merah lagi coz cas kan...cuma bateri xmasok....haishhhh geramnyerrrr rase!!!lantak ko lah malas nak layan....so aku g la solat subuh beramai-ramai dulu kat surau afta that g breakfast dalam 7.30 masuk bilik balik....ntah terdetik di hati nak on handphone tue....tetibe dye boley on!!!gembiranye hati!!!betul2 menguji kesabaran kowt....lepas kes tue aku serik nak biarkan nyawa dye low....nampak jewk dah tinggal 1 bar  terus aku cas!!!!hahahaha.......



          Problem lain yang aku pernah alami, Xperia Sola aku nie selalu sangat hang, program tak stable sehingga menyebabkan aku terpaksa menekan butang power/ + vol up selama 10 sec untuk off/on kan handphone.....*tue pown kalau nasib baik lah!!!!*...... Xperia Sola nie tak mempunyai bateri yang mesra alam.....dimana bateri dia xboleh dicabut untuk offkan handphone kalau hang.....xmacam handphone2 aku yang dlu.....kalau hang jewk terus cabut bateri then on balik abiz citer!!!.... dah semalaman kowt aku xboley nk call /msj /whatapps /wechat!!!stresss i!!!!*mud tengah marah koz dari malam td sampai la nie Xperia Sola nie still hang....nk off xboleh nak on pown xboleh...nie yang menimbulkan kemarahan sampai tulis entri nie*...



          Secara keseluruhannya, pendapat aku tentang Xperia Sola nie.....hurmmmmm dia memang cantik...gambar cantik....vidoe cantik....muzik best.....*tapi casing susah giler la nak cari yang comey2 cam samsung/iphone tue*..... keseluruhannya....nak tukar handphone la macam nie!!!!!...*mampu ke???*hahahaha kopak lagi r bulan nie!!! =’( ....... i want try another phone!!!!!!!! Nak cari handphone pe ek????hehehe =D

Sunday, 9 June 2013

#PSORIASIS#




Ya sakit itu ujian kecil dari Allah swt untuk menguji hambanya.....dan itulah yang selalu aku tekankan terhadap diri aku setiap kali rasa down dengan apa yang sedang berlaku....aku dah menghidap penyakit nie sejak habis spm lagi....sejak dok kat ppr nie...tiba-tiba jewk terkena penyakit nie....mula-mula dulu dorang semua cakap aku terkena buatan orang la....aku tertegur/ganggu ‘benda halus’ lah.....tapi apapun aku xpernah percaya benda-benda karut tue....Kalau dikira-kira dah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit nie....Penyakit apa???sakit kulit jewk pown...“PSORIASIS”...mungkin bagi sesetengah masyarakat menganggap ia hanya sekadar penyakit kecil yang xperlu diambil perduli...*kowt*....tapi bagi aku yang menghadapinya, aku menganggap ia sebagai satu penyakit yang kritakal... koz ia kekadang mengganggu emosi aku...kekadang sedih....kekadang malu....dan kekadang rasa nak marah pown ada...ye lah bukan kita yang minta kan ntok dapat penyakit nie....nak wat rawatan hospital pown amik masa yang lama ntok sembuh....dokter pernah cakap penyakit nie tak akan sembuh dan tak ada ubat untuk sembuhkannya sepenuhnya....maknanya bila dah oke tue bila-bila masa dya boleh datang balik....hurmmm....tp aku kuatkan semangat dan berpegang pada prinsip iaitu “sakit itu ujian kecil dari Allah swt untuk menguji hambanya dan sebagai penghapus dosa-dosa kecil yang telah aku lakukan”.

Bagi yang tak memahami pesakit seperti aku nie....aku hanya mampu redha jewk la.....tak boleh nak buat po dah....kekadang rasa malu dan sedih pun ada bila tengok kulit aku yang berkuping-kuping nie tertanggal sendirinya dan meninggalkan kesan sebagai kepingan putih di kawasan sekitar aku....kekadang kalau kat rumah mak selalu marah..... “cuba jangan garu-garu kulit tue,mak baru je sapu”....“cubalah kemas sikit bilik kau tue syila....bersepah-sepah kulit kau tue”....sapa xsedih....kalau aku xgaru pown kulit tue still akan tertanggal/jatuh sendirinya sebab dye dikenali sebagai *kulit matang*....kalau kat opiz.....tempat aku duduk tue berkarpet biru....tak garu pown....tapi lalu lalang kt situ pakai baju kurung kan....kulit tue automatik gugur ke karpet....kekadang rasa segan jugak dengan jiran sebelah...kak nadirah....aku bersyukur sangat-sangat koz kak nadirah bukanlah jenis mulut lepas dan orang-orang kat opiz jenis xamik port sangat ngan kuping-kuping kulit yang bersepah-sepah kat lantai tue....kalau x mesti aku makin stress.....sesungguhnya bukan itu yang aku pinta~~haha macam lagu pulak dah!!

Kekadang bila aku kuar sik pakai baju lengan panjang/ swearter/ cardigan / inner...memang lah kene pakai....kalau xpakai terdedahlah kulit aku yang cantik nie kan....lagi lah org tengok kan....hurmmm *perasaan malu tue wujud lagi*...kekadang teringin nk pakai tshirt cam dulu-dulu....panas tau asik pakai baju berlapis-lapis....bile bukak jewk cardigan /inner tue *dalam bilik*...terasa arghhhhh leganyaaaa.....siyez xtipu....sebab hanya aku jewk yang rase....orang lain xtahu.....hurmmmm.....muka aku yang merah-merah dan mengelupas seakan kering nie.....orang xtahu puncanya...dorang dok cakap... “tebalnye blusher ko pakai syila sampai ke hidung”....dorang xtau itu blusher semula jadi aku.....kekadang ada mulut-mulut yang cakap....“syila makeup tebal-tebal bajet cantik”....padahal aku makeup sebab nak cover tone kulit aku nie yang nampak cam sopak effect daripada psoriasisku ini....hurmmmm...aku abaikan apa yang berlaku coz aku percaya Allah swt sedang merancang sesuatu untuk hambanya yang bersabar....

Kalau diikutkan psoriasis aku nie makin hari makin terok....nak-nak skunk nie aku jarang berubat, cepat stress dan emotional sejak meningkat usia nie...hehe.... walaupun rawatan moden mengatakan tiada lagi penawar penyakit psoriasis nie, tapi bagi aku sebagai umat islam yang berpegang teguh dgn sabda nabi , “SETIAP PENYAKIT DIJAMIN ADA UBATNYA, KECUALI MATI”. Setiap ujian datang dari Allah swt dan ada hikmah disebaliknya....oleh itu, aku laluinya dengan sabar dan yakin pasti ada jalan untuk sembuh dengan izin Allah swt jika aku terus bersabar dan berusaha..walauapapun aku tetap kuatkan diri untuk tak bersedey dan yakin terhadap perjalanan yang telah Allah swt karangkan untuk hamba-Nya yang kerdil ini....aku redha dan yakin apa yang baik tu datangnya dari Allah s.wt dan yang sebaliknya tu berpunca dari kita...dan aku  bersyukur kerana aku adalah insan yang paling istimewa dari yang teristimewa yang terpilih untuk menghadapi ujian ini..ada hikmahnya...usah kecewa kerana setiap penyakit ada ubatnya... (>_~)

 Sebuah hadis sahih Bukhari, dari hadis Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W bersabda:

“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan juga menurunkan penawar (ubat) baginya.”

Di dalam sahih Muslim diriwayatkan dari hadis Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

“Setiap penyakit ada ubatnya. Jika suatu ubat penawar sesuai untuk penyakit (tersebut), maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”


Nah info serba sedikit tentang 
penyakit psoriasis nie, don’t make us down!! :-






 Gambaran   Psoriasis 
  • Definasi

    ~   Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia berpunca daripada sel kulit tumbuh dengan lebih cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.

    ~   Antara faktor lain menjadi penyebab psoriasis bertambah buruk ialah tekanan, berhenti mengambil kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.

    Proses Psoriasis

    ~  Tahap jangkitan psoriasis bermula daripada tompok kecil pada satu bahagian hinggalah ke seluruh permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik dan ia adalah bahagian keradangan dengan pengeluaran kulit berlebihan.

    ~   Seterusnya, kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini serta mengakibatkan sel mati berwarna perak. Ia sering didapati di siku, lutut, tetapi juga boleh dijangkiti di mana-mana bahagian badan termasuk kulit kepala, punggung, tapak kaki dan kemaluan.

    ~  Luka radang pula boleh menimbulkan rasa pedih, gatal dan panas. Apabila ia berlaku, kulit menjadi merah, tebal (akibat berlebihan sel), keras dan menggelupas sebelum tanggal sebagai kepingan nipis berwarna putih keperangan.

    NOTA:

    ~  Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur.

    ~  Menurut Perunding Dermatologi dan Pakar Bedah Laser, Dr Mohd Noh Idris, berkata psoriasis adalah penyakit kulit disebabkan proses penggantian kulit berlaku terlalu cepat, iaitu dalam masa 3 atau 4 hari, berbanding individu normal yang mengambil masa lebih kurang 30 hari namun punca sebenar psoriasis masih tidak diketahui hingga kini.

    ~  Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira 3% rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis(penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi). Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang.  Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir ¼ daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian.

    ~  Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial. 

    ~   Berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77% daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian. Ia mengundang rasa rendah diri, malu, tertekan dan terasing antara perasaan yang dialami pesakit kulit psoriasis hingga mengalami trauma psikologi iaitu malu berhadapan khalayak ramai.

    ~  Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.

    ~   Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).

    ~  Kepala, siku, lutut, tubuh badan, muka termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dan sering diserang psoriasis, malah dianggarkan 30% penyebab kepada penyakit sendi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.

    ~  Penyakit ini bukan saja menjejaskan hubungan sosial pesakit, malah menimbulkan perspektif negatif terhadap keadaan diri mereka. Justeru, rawat penyakit ini secara berkala.

    ~  Dr Steven berkata, psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).

    ~  Apabila penyakit menyerang, perasaan tidak mahu langsung berjumpa orang ramai membuak dalam diri.

    ~  Ia juga menyebabkan kulit menjadi gatal dan membuatkan pesakit sering menggaru hingga berdarah. Gejala ini juga bergantung kepada tahap dan bahagian yang diserang psoriasis.

    ~   Pesakit juga mungkin mengalami ketidakselesaan dan kecacatan fizikal yang kecil atau besar. Kegatalan dan kesakitan boleh mengganggu fungsi asas seperti penjagaan diri, berjalan dan tidur.

    ~   Pesakit psorisis juga alah kepada cahaya matahari. Jika terdedahkan, kulit akan menjadi merah jambu seperti warna ikan salmon manakala plak yang timbul pada bahagian tangan dan kaki juga mungkin menyebabkan pergerakan individu terbatas, terutama dalam bersukan, malah aktiviti riadah.

    ~  Plak yang tumbuh di bahagian kulit kepala pula boleh menjadi perkara memalukan disebabkan kepingan bersisik yang boleh menjadi kelemumur. Individu yang mengalami psoriasis mungkin berasa malu mengenai diri mereka dan mempunyai rasa rendah diri bimbang dijauhi masyarakat atau kebimbangan mengenai psikoseksual.

    ~   Kajian dilakukan Yayasan Psoriasis Kebangsaan Amerika Syarikat bersama 426 pesakit psoriasis pada 2008 menyatakan - 71%  menganggap penyakit ini menjadi masalah besar dalam kehidupan seharian mereka dan memberi kesan terhadap kualiti kehidupan berasaskan kesihatan.

    ~    Ia juga mengakibatkan kesan buruk terhadap penyakit kronik lain, misalnya kemurungan, bengkak jantung (myocardium infarction), hipertensi, kegagalan jantung kongestif atau kencing manis. Pesakit yang menghidapi psoriasis teruk juga biasanya mempunyai jangka hayat lebih pendek.


    Tanda-tanda /  Simptom psoriasis
    (Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah)


    ~   mengalami masalah kulit berkuping-kuping, seperti  bersisik dan kemerah-merahan pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan serta rasa gatal yang melampau dan panas seolah-olah terbakar tetapi pada tahap yang berbeza-beza.

    ~  apabila cuaca  terlampau panas/terlampau sejuk  mengakibatkan kulit mengalami masalah ketidakselesaan fizikal/ keradangan.

    ~  Kulit akan menjadi berbintik atau membengkak, bertompok merah dan kulit pada bahagian berkenaan menebal serta keras. Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat mengakibatkan keguguran sisik pada kulit.


    Jenis-jenis psoriasis

    ~  Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok 

    ~  Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. 

    ~  Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis 

    ~  Lampin psoriasis 

    ~ Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan 

    ~  Guttate psoriasis 

    ~  Plaque psoriasis (bertompok dan timbul) 


    Komplikasi

    ~   Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik.
    ~Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. 


    Tip rawatan dan ubat melegakan
    (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
  •    Pelembab 
 - Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. 
-Menggunakan sarung tangan 
- Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
-Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap 
-Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
  • Ubatan dan krim
Doktor akan memberi ubatan seperti : 
- Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap . 
- Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

- Selain itu, salah satu pilihan yang ada ialah inovasi terbaru syarikat farmaseutikal, Janssen. Ubat baru ini dikenali sebagai Ustekinumab (atau dulu dikenali sebagai Stelara) iaitu sejenis ubat preskripsi untuk merawat plak psoriasis sederhana hingga serius. Ustekinumab atau Stelara dikatakan menyediakan pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk kulit yang lebih licin dan kelegaan daripada simptom seperti ketebalan plak, kulit bersisik dan kemerahan. Stelara adalah rawatan biologi bagi psoriasis yang boleh diterima dalam dos suku tahunan (setiap 12 minggu) iaitu sebanyak empat suntikan setahun selepas dua dos permulaan. (Dr Steven Chow Kim Weng)

  Perkara perlu diingati 
  • Psoriasis BUKAN penyakit berjangkit.
  • Psoriasis ialah penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang mampu mengawal penyakit ini. Adakala ia wujud dan sebaliknya.



MITOS UMUM MENGENAI PSIORIASIS:

•  MITOS 1: Psoriasis berjangkit.
Hakikatnya: Psoriasis, terutama dalam bentuk sederhana atau teruk, mudah kelihatan di permukaan kulit. Disebabkan pertumbuhan abnormal sel kulit, tompok merah bersisik di kulit akan kelihatan. Bagaimanapun, psoriasis tidak berjangkit. Anda tidak boleh dijangkiti penyakit ini daripada orang lain dan tidak boleh memindahkannya kepada orang lain hanya dengan menyentuh mereka atau dekat dengan mereka.

•  MITOS 2: Psoriasis hanya penyakit kulit. Satu masalah kosmetik.
Hakikatnya: Psoriasis ialah penyakit kronik dalam sistem imuniti badan yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit tidak normal. Sel kulit biasa matang dalam masa 28 hingga 30 hari dan ia gugur daripada permukaan kulit. Tanpa disedari, sel kulit psoriatik mengambil masa hanya tiga hingga empat hari untuk matang dan timbul di permukaan kulit, menyebabkan sel berlapis dan membentuk luka bersisik. Luka psoriasis mengakibatkan kepedihan dan kegatalan, dan ia boleh pecah dan berdarah. Dianggarkan 30 hingga 50 peratus pesakit psoriasis menghidap artritis psoriasis yang menyebabkan kesakitan, kekejangan dan bengkak sekitar sendi.

•  MITOS 3: Psoriasis hanya memberi kesan kepada pesakit secara fizikal.
Hakikatnya: Selain masalah fizikal, wujud juga kesan psikologi dan emosi dialami pesakit psoriasis. Mereka sering dilaporkan mengalami perasaan tidak berdaya, putus harapan, marah, kekecewaan dan kemurungan berkaitan keadaan kulit mereka dan bagaimana reaksi orang lain terhadap keadaan mereka. Ada pesakit yang menghidap psoriasis teruk mengalami tekanan sehingga ingin membunuh diri. Pesakit juga sering membandingkan kecacatan mereka dengan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis atau penyakit jantung.

•  MITOS 4: Psoriasis disebabkan tidak menjaga kebersihan.
Hakikatnya: Psoriasis juga penyakit sistem imuniti badan dan tiada kena-mengena dengan faktor kebersihan. Punca yang boleh menyebabkan psoriasis termasuk jangkitan, tekanan atau kebimbangan, perubahan hormon, kecederaan kulit, alkohol, obesiti, pemakanan tidak sihat, dan ubat-ubatan tertentu.

•  MITOS 5: Psoriasis boleh diubati.
Hakikatnya: Psoriasis penyakit kronik yang dialami seumur hidup. Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya buat masa ini tetapi dengan pilihan rawatan terbaru dan sedia ada yang dipertingkatkan, pesakit kini mempunyai pelbagai kaedah untuk membantu mengawal simptom ini.

•  MITOS 6: Psoriasis mudah didiagnosis.
Hakikatnya: Kebanyakan keadaan yang memberi kesan kepada kulit kelihatan lebih kurang sama, contohnya simptom awal psoriasis, seperti kegatalan dan tompok merah, kelihatan sama seperti ekzema atau atopik dermatitis.

•  MITOS 7: Psoriasis tidak boleh diwarisi.
Hakikatnya: Anggaran 40% - 60% pesakit mempunyai hubungan genetik. Begitupun, kecenderungan genetik tidak bermakna seorang individu akan mendapat penyakit itu. Faktor yang boleh mencetuskan penyakit ini termasuk kecederaan atau infeksi yang mungkin bertindak dengan beberapa gen, atau corak keturunan spesifik gen, seterusnya bertindak balas menyebabkan psoriasis.




Sumber: Oleh nnadia@bharian.com.my ; 2012/06/03